KUALA LUMPUR 7 Sept. – Institusi raja yang memayungi agama Islam kebelakangan ini yang sering menjadi sasaran komen negatif di media sosial menimbulkan kebimbangan umat Islam di negara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam teks khutbah Jumaat hari ini berkata, banyak isu dilontarkan belum dipastikan kesahihannya memudaratkan dan mengganggu ketenteraman maysarakat. “Namun kebelakangan ini, institusi Raja yang sepatutnya dihormati berhadapan cabaran dengan usaha-usaha untuk mengganggu institusi tersebut terutama di…










