KUALA LUMPUR 27 Sept. – Usah retorik dan hapuskan penguasaan ‘warlord’ di semua peringkat dalam UMNO. Itu peringatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Razlan Rafii terhadap kepimpinan parti selepas ditolak rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Razlan berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang akan bermula esok sehingga 30 September ini seharusnya menjadi lebih terbuka bagi membantu menguatkan parti serta mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. “Jangan…










