UPSR: Petugas boleh beri arahan dalam bahasa ibunda kepada calon - Utusan Malaysia

UPSR: Petugas boleh beri arahan dalam bahasa ibunda kepada calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Pendidikan negeri (JPN) perlu memastikan sekurang-kurangnya seorang petugas peperiksaan yang boleh berbahasa ibunda dilantik di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 yang bermula hari ini.

Lembaga Peperiksaan berkata, langkah itu bagi memastikan petugas terbabit boleh memberi penerangan lanjut jika arahan peperiksaan tidak difahami oleh calon.

“Petugas peperiksaan yang boleh berbahasa ibunda dibenarkan memberi penerangan berkaitan arahan peperiksaan tersebut dalam bahasa ibunda sekiranya diminta oleh calon. 

“Bagaimanapun, semua penerangan dalam bahasa ibunda perlu dilakukan sebelum peperiksaan bermula. Tiada ada apa-apa arahan lain dibenarkan sebaik sahaja peperiksaan bermula,” katanya.

Menurut Lembaga Peperiksaan arahan pada muka depan kertas peperiksaan juga boleh dibacakan dalam bahasa ibunda bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa ibunda. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN