KUALA LUMPUR 24 Sept. – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) muncul pemenang terbesar Anugerah Tokoh Siswa 2017 apabila berjaya menggondol lima anugerah daripada 15 kategori yang dipertandingkan. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, kejayaan manis tersebut membuktikan kemampuan UPSI melahirkan mahasiswa berkualiti dan ia lahir hasil dorongan dan pengorbanan seluruh warga universiti tersebut. “Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad…










