UPSI lancar buku Warisan Tanjong Malim - Utusan Malaysia

UPSI lancar buku Warisan Tanjong Malim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Demi memelihara sejarah dan warisan pekan Tanjung Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif melancarkan buku Warisan Tanjong Malim yang memaparkan pelbagai sejarah dan peristiwa yang berlaku di Tanjung Malim.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, buku tersebut penting khususnya bagi generasi muda yang berminat mahu mendalami sejarah negara.

“Kelemahan masyarakat kita secara keseluruhannya ialah kita tidak memberikan penekanan kepada sejarah. Kita tidak kisah dengan sejarah negara kita, sebab itu kita rugi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buku ini sangat menarik dan penting kepada generasi muda. Anda akan mewarisi negara dan tempat bertuah ini, jadi anda perlukan bahan rujukan mengenai sesuatu tempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pendaftar UPSI, Dr. Zainab Othman dan Pengarah Pejabat Karang-Mengarang, Prof. Dr. Suriani Abu Bakar.

Buku tersebut dihasilkan secara bersama oleh tiga alumni UPSI sejak zaman Sultan Idris Training College (SITC) iaitu Mohd. Shafie Syed Mansor, Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan dan Muliati Abdul Samad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini