UPM bangunkan Putra Virtual ID - Utusan Malaysia

UPM bangunkan Putra Virtual ID

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan aplikasi pengenalan diri yang dikenali sebagai Putra Virtual ID untuk menjadikan universiti tersebut sebagai kampus digital.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof. Dr. M. Iqbal Saripan berkata, aplikasi pengenalan diri di telefon pintar bagi pengguna Android dan IOS serta laman web itu mengandungi semua maklumat pengenalan seperti nama, gambar dan nombor pengenalan pelajar.

“Warga UPM akan menggunakan kod QR yang dimiliki dalam telefon pintar masing-masing bagi menguruskan pengenalan diri semasa menggunakan semua kemudahan di kampus seperti dewan kuliah, perpustakaan, pergerakan bas dan sebagainya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam menjadikan UPM sebuah kampus digital, kami akan memperkembang lagi untuk semua kegunaan seperti pembelian, urusan kolej, kehadiran kelas dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Aini Ideris. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini