KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua universiti awam akan diberi kebebasan sepenuhnya dalam menentukan acuan kepimpinan mereka sendiri tanpa penglibatan pihak pengurusan universiti mulai tahun ini. Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam berkata, sehubungan itu proses dan tatacara pemilihan MPP atau juga dikenali sebagai Pilihan Raya Kampus (PRK) turut akan disemak semula. “Mesyuarat Penyelarasan PRK antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Undang-undang Universiti Awam…











