LONDON 26 Sept. – Pengurus Derby County, Frank Lampard menambah sengsara bekas bosnya ketika di Chelsea, Jose Mourinho apabila skuad bimbingannya menewaskan Manchester United yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain menerusi penentuan sepakan penalti 8-7, sementara Manchester City melangkah ke peringkat 16 terbaik pada Piala Liga, hari ini. Mourinho terpaksa membayar harga yang cukup mahal apabila dia melakukan sembilan perubahan dalam pasukannya yang diikat keputusan seri 2-2 di Old Trafford…










