Unit kediaman di Trivoli Villa terbakar 70 peratus - Utusan Malaysia

Unit kediaman di Trivoli Villa terbakar 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Sept.- Sebuah kediaman di tingkat 1, Kondominium Trivolli Villa, Jalan Medan, Bukit Bandaraya di sini musnah selepas terlibat dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh pengawal keselamatan di kondominium terbabit kira-kira pukul 1.16 petang.

Ujarnya, berikutan itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba 15 minit kemudian.

“Ketika jentera tiba di lokasi kejadian, api sedang marak dan tindakan pantas anggota berjaya memadamkan api setengah jam kemudian.

“Akibat kejadian itu, rumah tersebut musnah hampir 70 peratus,” katanya di sini hari ini.

Tambah Khiruddin, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN