KUCHING – Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas menafikan laporan akhbar tempatan mengenai tindakan Jabatan Veterinar negeri yang kononnya melemaskan anjing liar sebagai langkah melupuskan haiwan itu. Katanya, jika perkara itu berlaku beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas ke atas individu yang bertanggungjawab melakukannya. “Jabatan Veterinar mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menangani masalah anjing liar yang ditangkap semasa Operasi Rabies yang kini…










