UNGA: PM mungkin bangkitkan isu tarif AS-China   - Utusan Malaysia

UNGA: PM mungkin bangkitkan isu tarif AS-China  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijangka membangkitkan isu tarif Amerika Syarikat (AS)-China pada sesi ke-73 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking.

Katanya, tarif AS terhadap AS$200 bilion (RM826 bilion) import China yang berkuat kuasa hari ini adalah satu masalah ekonomi yang besar.

“Mahathir besar kemungkinan akan membincangkan isu ini pada perhimpunan agung itu dan sebagai seorang yang bijak, kami yakin beliau akan mengemukakan beberapa nasihat kepada kedua-dua negara. 

“AS dan China perlu menyelesaikan masalah berkenaan kerana ia akan memberi kesan kepada banyak negara. Ramai yang berkata, bahawa rantaian bekalan berkenaan berpotensi berpindah ke Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program “Made by Malaysia, Loved by the World” di sini hari ini. 

Mahathir akan tiba di New York pada Selasa ini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke perhimpunan agung berkenaan yang bermula esok. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN