Umum kerusi Parlimen hari ini - Utusan Malaysia

Umum kerusi Parlimen hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU – Kerusi Parlimen yang bakal ditan­dingi, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar kecil) akan diumumkan pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pe­taling Jaya, Selangor hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Ahli Parlimen yang akan mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Anwar yang merupakan Presiden parti itu turut akan hadir pada sidang akhbar tersebut.

“Pukul 11 pagi esok (hari ini) saya akan keluarkan ‘press alert’ mengenai pe­ngumuman ini,” katanya selepas melawat keluarga mangsa runtuhan jambatan di Jalan Taman Seri Serdang di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, pilihan raya kecil tidak akan berlaku di Parlimen Pandan iaitu kerusi yang dipegang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sekarang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN