KUALA LUMPUR 27 Sept. – UMNO yang ditubuhkan 72 tahun dahulu tidak pernah bersalah sebaliknya parti itu hanyalah sebuah wadah perjuangan. FAIRUZ Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin berkata, ideologi yang dibawa oleh parti itu amat jelas berakar pada pemimpin pengasas. “Mereka ingin bawa tanah Malaya ke persada dunia, mereka ingin lepas daripada sangkar penjajah, biar terbang bebas mencorak acuan sendiri. Idealisme mereka jelas, semarak semangat nasionalisme dan hidup harmoni…










