KUALA LUMPUR 5 Sept. – UMNO menafikan dakwaan bahawa parti itu bakal menganjurkan Demonstrasi Kuburkan Undang-undang Negara Ahad ini di Dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti yang tular di media sosial. Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara yang dinyatakan dalam surat yang ditularkan mengenai perkara tersebut adalah tidak benar dan bukan dibawah kendalian UMNO. “Perkara ini merupakan satu fitnah untuk memburukkan nama baik UMNO. “Sehubungan itu…










