SHAH ALAM – UMNO Selangor meminta pengundi memilih calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr. Halimah Ali pada hari pengundian esok.
Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pengundi juga perlu keluar mengundi beramai-ramai bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, Halimah merupakan seorang pemimpin yang berpengalaman malah mampu untuk menyampaikan suara pengundi di kawasan DUN tersebut.
“Kita tidak mahu apa yang berlaku ketika PRK Sungai Kandis berulang lagi apabila hanya 49 peratus pengundi yang keluar mengundi kerana kita jangkakan mereka memboikot kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan hari ini,” katanya selepas sidang akhbar bersama Pas di Pejabat Perhubungan Pas Selangor di sini semalam.











