Umat Islam perlu sepakat elak perbalahan - PM - Utusan Malaysia

Umat Islam perlu sepakat elak perbalahan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diingatkan supaya bersatu hati dalam mencapai kata sepakat bagi mengelakkan perbalahan dan permusuhan. 

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jangan hanya disebabkan sedikit perbezaan orang Islam yang menganuti agama dan mengamalkan fahaman Islam yang sama berpecah belah sehingga membenci antara satu sama lain.

“Kesepakatan berlaku apabila sesuatu perkara itu mendapat persetujuan 100 peratus daripada semua pihak, namun ia sesuatu yang mustahil.

“Maka cara lain ialah dengan mengambil keputusan majoriti dan apa yang diputuskan majoriti haruslah diterima dengan hati terbuka oleh minoriti tanpa menimbulkan kekecohan,” katanya dalam ucapan amanat sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan kali ke-57 di Jalan Pahang di sini.

Dengan cara itu, masyarakat Islam dapat bergerak serentak sebagai satu saudara yang saling menghormati dan menyayangi sesama mereka seperti yang termaktub dalam Al-Quran, katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN