KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa umat Islam di negeri ini supaya mengukuhkan pegangan akidah Islam dalam mengharungi era kemodenan masa kini. Baginda juga mahu supaya masyarakat Islam di negeri ini tidak mengabaikan tuntutan Islam atas nama kemajuan dan kemodenan untuk memenuhi gaya hidup ciptaan manusia. Titah baginda, kerajaan Negeri perlu mengenal pasti gerakan golongan-golongan tertentu yang cuba untuk memesongkan akidah umat Islam di negeri…










