KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersedia dan akur dengan kemungkinan pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden ketujuh universiti itu dibatalkan. Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata, pihak universiti akur dengan segala keputusan yang dimuktamadkan oleh kerajaan selepas isu pelantikan itu dikaji semula. “Itu hak kerajaan dan kementerian…bukan hak kita (universiti), terpulang kepada mereka untuk mengkaji semua (pelantikan Maszlee) kerana sudah tentu…










