KUANTAN 13 Sept. – Sempena sambutan Maal Hijrah kali ini, rakyat khususnya umat Islam di negeri ini perlu mengubah minda dan kehidupan mereka kepada amalan serta budaya hidup yang berteraskan Islam sebenar. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, umat Islam juga perlu menghayati akhlak Rasulullah SAW yang merupakan khazanah tidak ternilai. “Sebagai umat Islam terakhir, kita dituntut untuk memahami tugas yang diamanahkan iaitu menyeru kepada al-Khair (Islam)…










