Tukun tayar 
punca pencemaran - Utusan Malaysia

Tukun tayar 
punca pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 24 Sept. – Pasukan penyelam di Perancis mengeluarkan tukun tiruan yang diperbuat daripada puluhan ribu tayar kereta terpakai dari dasar laut di perairan selatan Perancis selepas didapati menyebar pencemaran daripada bahan kimia toksik.

BBC melaporkan, operasi di projek tukun tiruan yang gagal itu menelan kos sebanyak AS$1.1 juta (RM4.5 juta) dan sebahagiannya dibiayai pengeluar tayar terkemuka, Michelin dan kerajaan Perancis.

Pasukan penyelam itu di­sokong oleh sebuah bot yang dilengkapi kelengkapan me­ngangkat tayar terbabit.

Jurucakap persatuan nela­yan tempatan, Denis Genovese ber­kata, hanya beberapa jenis spesies ikan berenang berhampiran tukun tiruan itu ketika tidak ada betul-betul spesies ikan yang dapat menyesuaikan diri dengan tukun terbabit.

Tukun itu dilihat sebagai penyelesaian berganda terhadap masalah pelupusan tayar lama di samping mewujudkan habitat hidupan marin selain menggalakkan pertumbuhan organisma marin hidup pada getah.

Pada 1980-an, pihak berkuasa tempatan bersetuju seba­nyak 25,000 tayar dijadikan sebagai tukun tiruan ke dalam perairan 500 meter dari pantai antara Cannes dan Antibes, di French Riviera.

Penyelidik pada 2005 mendapati tayar mengakibatkan kebocoran bahan kimia termasuk logam berat dan mendatangkan risiko kepada kehidupan manusia.

Antara isu lain yang didokumenkan adalah susunan tayar di dasar laut boleh runtuh atau hancur sekali gus mengganggu kehidupan di kawasan itu.

Sebanyak 25,000 tayar dike­luarkan pada 2015, dengan 10,000 lagi tayar akan dikeluarkan pada minggu-minggu seterusnya dan lebih banyak tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN