KOTA BHARU 27 Sept. – Pengalaman bekerja di bengkel perabot ayah sejak berusia 13 tahun akan digunakan sepenuhnya oleh pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu (ILPKB), Muhamad Rafiqi Mohd Daruwis dalam pertandingan akhir pembuatan kabinet WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) yang akan berlangsung di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) di Banting, Selangor bermula Sabtu ini. Muhamad Rafiqi, 20, adalah antara sembilan peserta akhir dari seluruh negara yang akan berkampung di…










