SEBERANG PERAI – Tindakan sekumpulan tujuh pelesit rempit mempamerkan aksi berbahaya di jalan raya akhirnya mengundang padah apabila diberkas dalam Op Khas Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi. Mereka terdiri lelaki berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam operasi bermula pukul 11 malam semalam hingga 6 pagi tadi. Ketua Polis…