Tujuh daripada 33,499 calon UPSR duduki ujian di hospital di Perak - Utusan Malaysia

Tujuh daripada 33,499 calon UPSR duduki ujian di hospital di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Tujuh calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Perak menduduki peperiksaan itu di lima hospital di negeri ini.

Jabatan Pendidikan Perak dalam satu kenyataannya berkata, tiga daripada tujuh pelajar tersebut mengambil peperiksaan tersebut di Hospital Raja Perempuan Bainun di sini manakala selebihnya masing-masing seorang calon di Hospital Taiping, Slim River, Gerik dan Kuala Kangsar.

“Seramai 33,499 calon UPSR dari 870 pusat peperiksaan menduduki ujian itu di seluruh negeri bermula hari ini. 

“Jumlah itu melibatkan 22,934 calon dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (7,614), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (2,075) dan 876 merupakan calon dari sekolah swasta,” katanya. 

Menurut kenyataan tersebut juga, seramai 337 calon melibatkan 11 pusat peperiksaan di kawasan pedalaman manakala 101 pula merupakan calon berkeperluan khas. 

“Seramai 5,066 petugas yang merupakan penyelia kawasan, ketua pengawas, timbalan ketua pengawas dan pengawas akan mengendalikan peperiksaan bermula 20 September lalu hingga Khamis ini,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN