Tujuh cedera dilanggar kereta ketika tunggu bas - Utusan Malaysia

Tujuh cedera dilanggar kereta ketika tunggu bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang warga tempatan dan tujuh warga Bangladesh cedera selepas dilanggar sebuah kereta yang dipercayai terbabas di hadapan sebuah perhentian bas di Jalan 5/1 Sepah Puteri, Seksyen 5, Kota Damansara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dalam kejadian itu, ketika kesemua mangsa sedang menunggu bas,  sebuah kereta Proton Satria berwarna merah dipercayai terbabas apabila cuba mengelak bas yang berhenti di perhentian bas berkenaan.

Pemandu kereta itu cuba mengelak bas berkenaan tetapi keretanya terbabas lalu melanggar kesemua mangsa.

“Kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan,” katanya kepada Bernama.

Mohd. Zani berkata siasatan punca kejadian berkenaan sedang disiasat dan enggan mengulas lanjut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN