TUDM terbangkan pesakit dari Tawau - Utusan Malaysia

TUDM terbangkan pesakit dari Tawau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit dari Hospital Tawau, Sabah ke Pangkalan Udara Subang dekat sini bagi mendapatkan rawatan pakar di Hospital Selayang.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, Ahmad Asyraf Zubir, 28 yang menghidap penyakit kegagalan hati dan tinggi kandungan gula dalam darah telah diterbangkan menggunakan pesawat jenis A400M daripada No. 22 Skuadron.

“Pesawat berlepas pukul 4.20 petang dari Lapangan Terbang Tawau dan selamat mendarat 7.19 malam dengan bantuan juruterbang, Leftenan Kolonel Baharin dan Kapten Ikmal selaku pembantu juruterbang serta empat krew.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang, pesakit terus dikejarkan ke Hospital Selayang menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Sementara itu, jelas kenyataan sama, menjadi tanggungjawab TUDM memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi dalam memenuhi keperluan kebajikan masyarakat.

“Seluruh warga TUDM mendoakan agar Ahmad Asyraf diberikan kesembuhan seperti sediakala.

“Tahniah diucapkan kepada semua juruterbang serta anak kapal pesawat A400M dalam melaksanakan tugas dengan jayanya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini