Tuanku Muhriz rasmi sidang DUN Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Tuanku Muhriz rasmi sidang DUN Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 24 Sept. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14.

Baginda yang diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud tiba di perkarangan bangunan Wisma Negeri dekat sini kira-kira pukul 10 pagi dengan disambut oleh Yang Dipertua DUN, Zulkefly Mohamad Omar.

Yang turut menyambut keberangkatan baginda berdua ialah Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik.

Yang turut hadir, Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Persidangan DUN itu berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN