SEREMBAN 24 Sept. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan pemimpin negeri, wakil rakyat dan kakitangan awam agar tidak menyalahguna kuasa dan melakukan penyelewengan. Baginda bertitah, dalam perkara itu kesemua mereka diingatkan agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan akauntabiliti termasuk mengamalkan prinsip ‘check and balance’ dalam jentera pentadbiran kerajaan. “Akhir-akhir ini rakyat Malaysia didedahkan dengan berita yang berlaku dalam negara ini mengenai salah guna kuasa…










