Trump ugut mahu kenakan tarif semua barangan import China - Utusan Malaysia

Trump ugut mahu kenakan tarif semua barangan import China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FARGO, Amerika Syarikat (AS) – Presiden AS, Donald Trump kelmarin mengancam akan mengenakan tarif ke atas kesemua barangan import China ke negara itu.

Tindakan itu kelihatan mengeruhkan lagi hubu­ngan dagangan dengan Beijing yang sememang­nya tegang sebelum ini.

Sebelum ini, AS me­ngumumkan tindakan mengenakan tarif ‘hukuman’ ke atas barangan China sedia ada berjumlah AS$50 bilion (RM207 bi­lion), manakala tarif tambahan sebanyak AS$200 bilion (RM830 bilion).

Pelaksanaan tarif itu dikatakan akan dikuatkuasakan secepat mungkin.

Trump semasa bercakap kepada wartawan di sini, berkata, terdapat tambahan tarif lain sebanyak AS$267 bilion (RM1.1 trilion) yang boleh dikenakan dalam notis singkat jika beliau mahu.

Ia akan merangkumi kesemua barangan import dari negara ekonomi ke­dua terbesar di dunia itu.

Kata-kata Trump itu bertentangan dengan ke­nyataan penasihat ekonomi atasannya, Larry Kudlow bahawa perbincangan dengan Beijing akan diteruskan untuk meredakan konflik.

“Ketika ini, China adalah satu masalah jauh lebih besar. Saya bertegas dengan China kerana saya perlu berbuat demikian,” kata Trump. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN