WASHINGTON 7 Sept. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berjanji akan melengkapkan perjanjian berhubung pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea bersama-sama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.
Kenyataan itu memberi petanda bahawa rundingan berkenaan masih berjalan selepas beberapa minggu dilihat menemui jalan buntu.
“Jong-un meletakkan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada saya. Terima kasih Jong-un. Kita akan melakukannya bersama-sama!” ujar Trump dalam Twitter.
Semalam, Jong-un turut menyatakan semula komitmennya untuk menjalankan pelucutan senjata nuklear sewaktu mengadakan pertemuan dengan wakil khas Korea Selatan. – AFP










