GENEVA – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet semalam mendesak satu tribunal baharu bagi mengumpul bukti terhadap tuduhan jenayah tentera Myanmar membunuh dan menyeksa etnik Islam Rohingya. Pasukan penyiasat bebas PBB dalam satu laporan bulan lalu menyatakan bahawa terdapat bukti berlaku rancangan penghapusan etnik oleh tentera terhadap orang-orang Rohingya serta jenayah kemanusiaan dan perang. Penyiasat menamakan enam jeneral termasuk ketua komander yang dikatakan perlu diseret ke…










