APAKAH sebenarnya ukuran terbaik untuk sesebuah filem? Ada pihak beranggapan filem mencatat kutipan tinggi adalah filem yang baik dan tak kurang juga yang kurang bersetuju dan menganggap banyak lagi faktor lain seharusnya menjadi kayu ukur kepada kehebatan sesebuah filem. Jika diukur daripada jumlah kutipan pastinya hanya boleh dibilang dengan jari sahaja filem Melayu yang berjaya mengumpul belasan juta ringgit. Manakala yang lain pula sekadar pulang modal atau lebih sedih, gagal.…










