Tremendous Joox Live Concert hadiah buat peminat muzik - Utusan Malaysia

Tremendous Joox Live Concert hadiah buat peminat muzik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Sept.- Sempena menyambut ulang tahun ketiga, aplikasi strim muzik, Joox, bakal mengadakan Tremendous Joox Live Concert yang akan diadakan pada Sabtu depan.

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, konsert ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air antaranya Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish dan Akim and The Majistret.

Sementara itu Pengarah Perkembangan Perniagaan Joox, Angie Tan, memberitahu pemilihan artis yang akan menyertai konsert itu juga dibuat melalui populariti lagu mereka di aplikasi tersebut.

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert. Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan Joox, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut.

”Bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil di malam konsert terus meningkat, dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini,” katanya.

Sementara itu bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert berkenaan boleh mendapatkan 1 pas masuk VIP melalui pembelian di aplikasi Joox

atau di mana-mana cawangan 7-eleven (terhad kepada Malaysia Barat), bermula Khamis, 6 September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN