Tragedi feri karam di Tanzania - Utusan Malaysia

Tragedi feri karam di Tanzania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAR ES SALAAM, Tanzania – Puluhan mayat lagi ditemui selepas sebuah feri membawa beratus-ratus penumpang karam di Tanzania, menjadikan angka kematian meningkat kepada 136 orang, lapor akhbar tempatan, The Citizen semalam.

Kemalangan berlaku di tasik terbesar di Afrika, Tasik Victoria.

Feri berkenaan, MV Nyerere membawa hampir 300 penumpang atau dua kali ganda had dibenarkan apabila ia karam berhampiran sebuah dermaga di Pulau Ukara, demikian menurut media kerajaan kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyelam polis dan tentera baru saja menyambung operasi menyelamat,” kata George Nyamaha yang merupakan ketua majlis daerah Ukerewe kepada agensi berita AFP pagi semalam. Pulau itu sebahagian daripada daerah Ukerewe.

Setakat ini, seramai 40 penumpang berjaya diselamatkan.

Operasi menyelamat ditangguhkan tengah malam semalam, 18 jam selepas feri itu karam, mengakibatkan peluang untuk menemui lebih banyak mangsa terselamat makin tipis.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman orang ramai berkumpul di kawasan dermaga itu sambil menambah: “Mereka sedar harapan untuk menemui mangsa terselamat hampir tiada.”

Stesen televisyen sama me­laporkan beberapa saksi sebagai berkata, lebih 200 orang menaiki feri itu di Pulau Bugorora sekitar tengah hari kelmarin.

Sementara itu, gabenor rantau berkenaan, John Mongella berkata, beliau tidak dapat mengesahkan jumlah penumpang yang masih hilang.

Feri usang itu turut mengangkut kargo seperti guni berisi jagung, pisang dan simen ketika karam kira-kira 50 meter dari dermaga di Ukara. Punca kemalangan masih tidak jelas tetapi insiden seperti itu sering dikaitkan dengan faktor lebihan muatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini