IPOH 22 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Perak di atas kejayaan menganjurkan temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang berakhir hari ini. Menurut beliau, Sukma kali ini mencatatkan sejarah tersendiri melalui penganjuran 427 acara daripada 29 jenis sukan di 39 lokasi pertandingan dan di semua 12 daerah di negeri ini. Menurutnya, pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri memberi peluang…










