PUTRAJAYA 26 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan berangkat ke Vietnam hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Vietnam, Tran Dai Quang yang meninggal dunia pada Jumaat lalu. Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, majlis pengebumian Dai Quang itu dilaporkan akan diadakan pada esok pukul 3.30 petang di tanah perkuburan Kim Son di wilayah Ninh Binh iaitu tempat kelahiran Presiden Vietnam itu.…










