SAUDARA PENGARANG, SAYA begitu teruja membaca berita serbuan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam Op Mega terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Jambul, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini. Namun, saya masih menunggu kawasan Selayang, Selangor bebas daripada kebanjiran PATI kerana nampaknya semakin hari semakin ramai sehinggakan tidak terkira negara asalnya. Sudahlah dibanjiri pelarian Rohingya, ada juga PATI Myanmar (bukan Rohingya) sampai bergaduh dan bunuh-membunuh. Ada…









