Titik hitam dalam sistem perundangan negara - Utusan Malaysia

Titik hitam dalam sistem perundangan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Tindakan Jabatan Peguam Negara menarik balik kes rasuah membabitkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng disifatkan sebagai satu titik hitam dalam sistem perundangan di negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana walaupun berdasarkan perlembagaan Peguam Negara mempunyai kuasa untuk meneruskan atau menarik balik kes tetapi ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah.

Sehubungan itu katanya, Peguam Negara, Tommy Thomas perlu menjelaskan kepada rakyat sebab-sebab kenapa kes itu ditarik balik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan Peguam Negara amat membimbangkan kerana beberapa kes yang melibatkan pemimpin Pakatan Harapan juga digugurkan sebelum ini.

“Maka Peguam Negara mesti memberi penjelasan kepada persoalan daripada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini