KUALA LUMPUR 23 Sept. – Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan keras dalam menangani kes keracunan metanol terutama membabitkan arak murah atau tercemar bagi memastikan kejadian itu tidak lagi berulang. Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Sri Lee Lam Thye percaya kurangnya kawalan terhadap penjualan alkohol menyebabkan berlakunya kes-kes keracunan tersebut kerana banyak kedai menjual minuman alkohol seludup atau dicampurkan dengan bahan lain sebelum dijual dengan murah. “Saya berasa hairan…










