KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menolak cadangan penetapan harga siling tiket penerbangan bagi musim perayaan. Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiga syarikat penerbangan utama iaitu MAS, AirAsia dan Malindo Air bersetuju menambah kira-kira 20 peratus kapasiti penerbangan untuk menurunkan harga tiket pada musim berkenaan. Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan kajian Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), penetapan harga siling itu akan memberi kesan kepada harga purata pada musim biasa.…










