MUAR – Tiga penumpang sebuah bas ekspres maut setelah bas yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah traler di Kilometer 138, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran Tol Pagoh di sini awal hari ini. Tiga mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu ialah dua wanita dikenali sebagai Lim Siew Kee, 61, dan Lai Moon Ching, 25, manakala seorang lagi penumpang lelaki yang maut masih belum dikenal pasti identitinya.…










