ALOR SETAR 11 Sept. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki dan merampas 300 kilogram siput selepas mendapati sebuah bot nelayan kelas A melanggar syarat lesen, semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, bot nelayan tersebut ditahan pada kira-kira pukul 1.30 petang di 1.79 batu nautika barat daya Kuala Kedah, di sini. Katanya, terdapat tiga nelayan tempatan iaitu seorang tekong dan dua…










