Tiga lagi Anjung Kasih beroperasi tahun depan - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Tiga lagi Anjung Kasih beroperasi tahun depan – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Sebanyak tiga buah Anjung Kasih dijangka siap dibina tahun depan menjadikan 14 tempat penginapan percuma untuk waris pesakit itu bakal beroperasi di hospital-hospital rujukan seluruh negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata tiga Anjung Kasih tersebut dibina di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; dan Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu.

“Tanggungjawab menjaga pesakit di hospital boleh menjadi satu kesukaran bagi waris yang kurang berkemampuan dari sudut kewangan sehingga ada yang tidur bergelimpangan di ruang lobi hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan prihatin terhadap situasi ini dan cuba meringankan beban mereka dengan menawarkan penginapan percuma supaya mereka dapat bersama semasa rawatan untuk pesakit dijalankan,” katanya semasa merasmikan Better Brighter Anjung Kasih YKN @ Hospital Serdang di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min dan Pengerusi Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Tan Sri Leo Moggie. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini