SIBU – Polis memberkas tiga orang suspek termasuk seorang wanita awal pagi hari ini membantu siasatan kematian seorang sub kontraktor di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisione Stanley Jonathan Ringgit, ketiga-tiga suspek berusia antara 23 dan 48 tahun ditangkap di Jalan Kampung Nyabor kira-kira 2 pagi hari ini dan akan direman serta menjalani saringan ujian air kencing.
Seorang lagi suspek lelaki berusia 41 tahun masih bebas sedang diburu.
Mangsa berasal berusia 51 tahun, berasal dari Kuching ditemui cedera dalam kenderaan pacuan empat roda di persimpangan Jalan Sungai dan Jalan Lanang Barat pagi semalam oleh polis peronda dan telah dikejarkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut namun meninggal dunia pada 9.56 malam.
Kenderaan mangsa telah dibawa ke Balai Polis Ulu Lanang di mana peralatan yang lazim digunakan untuk menghisap dadah ditemui di bahagian penumpang belakang. – Bernama











