Tiga ATM musnah terbakar - Utusan Malaysia

Tiga ATM musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Tiga mesin juruwang automatik (ATM) musnah dalam satu kebakaran yang melibatkan sebuah premis di Jalan Evenue 1A, Taman Muhibbah, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, kebakaran premis yang berkeluasan 12 kaki per segi itu berjaya dipadamkan pihaknya setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.30 pagi. 

“Dalam operasi ini seramai enam anggota dan tiga jentera daripada Balai Bomba Kajang dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menangani kebakaran ATM berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami bertindak menggunakan satu hos bomba untuk memadamkan api yang marak itu dan kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan 100 peratus pada ATM berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini