KUALA LUMPUR 10 Sept.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak setuju Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan isu pembayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai contoh untuk menyatakan kaum Melayu sebagai malas dan tidak bertanggungjawab. Najib berkata sejak 10 tahun lepas prestasi pembayaran semula PTPTN tidak begitu memuaskan antaranya disebabkan hasutan dari pihak pembangkang ketika itu yang menjanjikan pemansuhan hutang PTPTN sekiranya menang pilihan…










