Tidak tolak wujud unsur sabotaj imej PKR - Utusan Malaysia

Tidak tolak wujud unsur sabotaj imej PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan terdapat unsur sabotaj untuk mencemarkan imej parti itu susulan kekecohan yang berlaku pada Pemilihan PKR 2018 di Kedah dan Pulau Pinang semalam.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, Lembaga Displin PKR perlu lakukan siasatan segera berhubung insiden itu dan mengenal pasti individu yang terlibat.

“Saya minta Lembaga Displin PKR untuk teliti video kekecohan itu dan individu yang terlibat…mereka ini perlu dikenakan tindakan displin yang keras kerana nasihat serta garis panduan sepanjang proses pemilihan adalah jelas dan kerap diingatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak menolak kemungkinan perkara itu (unsur sabotaj) berlaku…malah jika ada unsur jenayah kita mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program My Community Care 2018 di Dataran Sri Angkasa Jaya dekat Taman Bukit Angkasa hari ini.

Semalam, beberapa siri kekecohan berlaku pada proses pemilihan PKR di dua negeri itu termasuklah pada sidang media Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) di Seberang Jaya apabila ada dalam kalangan ahli tidak berpuas hati bergaduh sesama sendiri dan membaling kerusi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini