KUANTAN 1 Sept. – Keputusan pelantikan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga Pengerusi DAP sebagai Duta Khas Malaysia ke China dianggap tidak mengganggu tugas Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Kok Wai mempunyai tugasan spesifik dan pelantikan beliau memegang jawatan itu dilihat perlu dalam memperbaiki serta menambah baik hubungan antara Malaysia dengan China. “Memang pada dasarnya kita tidak lagi membuat…










