Tiada tempoh masa ditetapkan bila status Sabah, Sarawak dikembalikan - Utusan Malaysia

Tiada tempoh masa ditetapkan bila status Sabah, Sarawak dikembalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 17 Sept. – Kerajaan akan melakukan kajian segera tentang pengembalian status Sabah dan Sarawak sebagai sekutu Semenanjung mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), namun tiada jangka masa yang ditetapkan bila status tersebut akan dipulangkan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, banyak perkara perlu dikaji termasuklah keperluan mendapat sokongan majoriti dua pertiga bagi meminda Perlembagaan dan memansuhkan undang-undang berkaitan.

Beliau berkata, sokongan daripada pembangkang dalam Dewan Negara tidak boleh diharapkan kerana telah terbukti apabila kerajaan gagal memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 walaupun Dewan Rakyat telah bersetuju.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa ini kami tidak mempunyai majoriti dua pertiga, Perlembagaan perlu diubah justeru kita mencari jalan bagaimana memperoleh majoriti, buat ketika ini kajian akan dilakukan perkara yang perlu dimansuhkan dan ditukar dengan visi baharu dalam Perlembagaan.

“Kami akan cari jalan bagaimana memperoleh dua pertiga majoriti, bila mereka (pembangkang) bercakap mereka mengatakan sesuatu tetapi bila mendapat arahan untuk tidak menyokong maka akan timbul masalah seperti Akta Antiberita Tidak Benar 2018 apabila dibawa ke Dewan Negara kami tidak mempunyai majoriti dan kalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan dengan Kabinet Sabah di sini pagi ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini