Tiada Ronaldo, Real Madrid teruk - Messi - Utusan Malaysia

Tiada Ronaldo, Real Madrid teruk – Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 4 Sept – Real Madrid menjadi lebih teruk selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus pada Julai lalu, dakwa kapten Barcelona, Lionel Messi.

Messi dan Ronaldo sentiasa bersaing semasa sendiri di La Liga sejak sembilan tahun lalu, sebelum secara tiba-tiba penyerang kebangsaan Portugal itu membuat kejutan untuk menyertai juara Serie A itu.

Real Madrid dan Barcelona masing-masing memenangi tiga perlawanan pembukaan dan berada di kedudukan teratas carta dengan pungutan sembilan mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Real Madrid merupakan salah sebuah pasukan yang terbaik di dunia dengan dibarisi pemain terhebat (namun) terdapat bukti menunjukkan bahawa ketiadaan Cristiano Ronaldo membuatkan mereka kurang bagus.

“Sebaliknya ia menjadikan Juventus muncul salah sebuah pasukan pilihan untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara.

“Ia mengejutkan saya, saya juga tidak dapat bayangkan dia meninggalkan Madrid untuk menyertai Juventus.

“Terdapat banyak kelab yang mahukannya. Ia mengejutkan saya namun dia berhijrah ke sebuah pasukan yang terhebat,” kata Messi kepada Catalunya Radio yang disiarkan hari ini.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini