KUALA LUMPUR 17 Sept. – Khairy Jamaluddin mahu UMNO atau Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Port Dickson bagi menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy dalam hantaran Twitter berkata, pertabalan hanya layak untuk raja, jadi Anwar tidak seharusnya diberi laluan mudah.
“UMNO-BN wajib bertanding. Walaupun PD (Port Dickson) bukan kerusi yang boleh dimenangi, tetapi kita harus menentang percaturan politik yang memalukan ini.
“Pertabalan hanya untuk raja. Dan Anwar bukan raja.” katanya.
Parlimen Port Dick dikosongkan oleh penyandangnya Danyal Balagopal dengan meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dan sekaligus membolehkan Anwar bertanding serta kembali ke dalam arena politik sebelum dilantik sebagai perdana menteri kelapan. – UTUSAN ONLINE









